Wednesday, June 13, 2012
takkan ku lupakan kamu.....
Hari ni 13 Jun 2012. Sebenarnya dah 108 hari kawan ni pergi selama-lamanya. perkenalan yang sekejap, cuma 12 hari (8 hari je jumpa) tetapi dalam tempoh tu terlalu byk kenangan yang ditinggalkan arwah. Sebenarnya dia lah insan pertama yang ku rapat semasa menjejakkan kaki di UM. Sikapnye yg happy go lucky persis seperti ku. Sukar sebenarnya nak jumpe rakan yg sekepala ni. Byk kenangan dengannya, di kolej, di fakulti, di dpn traffic light, DTC, dpn bangunan fakulti even kat mid valley pon ada...huhu..I miss him a lot. Apepun, aku halalkan segalanya jika die terhutang kat aku ke, aku terkecik hati ke..aku maafkan segalanya. takde dosa die kat aku. aku harap takde juga dosa aku kat die. Terkilan sgt bile tahu die meninggal kat kolej sorang2 dlm bilik, even mase nak tutup muke mase kafan die pon aku tak sanggup nak tgk muke die dekat2 sebab itu akan buat aku sebak sgt.aku tak sampai hati. Mase kebumi pon aku tgk setiap detik dr masuk liang sampai la tanah ditimbus sampai habis. sedih sgt. Malam pertama memang menangis lagi dan terngiang2 suara die kat telinga aku. apepun, aku bersyukur kerana pernah berkenalan dengannya dan menjadi salah seorang yg muncul dlm salah satu liku-liku hidup aku. kawan seUM lain mungkin x rase camni sebab diorang tak selalu bersama2 mcm aku ngan die kat UM. InsyaAllah..akan ku ingat dia sampai bila-bila. Semoga arwah Iqbaruddin tenang di alam sana. insyaAllah...
Subscribe to:
Posts (Atom)