Sunday, March 12, 2017

2017... and still counting..=)

2017. Bertambah tahun, bertambah juga umur.
2017, tahun keempat ku berkhidmat di Sabah. No more SKPPK9, sekarang di SMKN2. Masih juga di daerah yang sama iaitu Nabawan.
Tahun keempat di Sabah, tetapi tahun kedua di SMKN2.
Di sini baru rasa seperti di sebuah sekolah menengah. Ye lah. nama pon SMK.
Tujuan ku berpindah pon atas alasan ku perlu dekat dgn hospital untuk rawatan lutut.
Selepas setahun disini baru la ku membuat operation lutut. Tu pun di HKL sebab family di sana.
Sebenarnya SKPPK9 seronok sebab byk kenangan tercipta. Tapi sampai bila juga nak stay P3 kan. Kehidupanku di SMKN2 pon ok. Jumpa kenalan baru, persekitaran baru dan murid baru.
Mulai tahun ni juga dpt juga jumpe murid dr sek lama yg naik form 4. Ye lah, SKPPK9 hanya offer sampai form 3 so naik form 4 deme kene pindah masuk SMK juga. tengok diorang terkenang balik kehidupan di Pensiangan. AKU SEBENARNYA RINDU PENSIANGAN DAN DAPAT SEKALI MASUK PUN JADILAH. NAK MANDI SUNGAI DEPAN RUMAH AGAM, NAK NAIK JAMBATAN GANTUNG DAN NAIK BOT. Setahun rupanya x jejak kaki di Pensiangan. R.I.N.D.U.

2017. Tahun ni aku juga dah status laki orang. So aku ngan wife PJJ.
Jadi keperluan aku pindah balik ke Semenanjung juga semakin tinggi. Sementara masih di sini, aku ingin puaskan diri dengan segala masa yang tersisa di Sabah ini. Semoga bila terpindah ke Semenanjung, tiada sebarang sesalan kenapa tak pergi sana, sini, situ dll .Tu sebab masa kat Pensiangan dulu, semua trip pedalaman aku nak gi dan bila x dpt join rasa mcm maigaddd, ruginya x dpt join. Teringat trip Saliliran, xde kasut adidas kampung plus lutut aku x berapa stabil tp tetap gigih nak ikut and finally, I've just made it! Bila kat luar, seluruh Sabah aku terjah ngan ArisFJr even traveling solo sebab tunggu org mmg x ke mana la aku. ade je bunyi x le nak join. Even, ada member Sabahan sendiri terkejut most part aku dah terjah padahal diorg yg Sabahan x sampai lagi. Siap leh tanya aku Pulau Bohey Dulang tu kat area mana. Sabahan kot yang tanya. Hehehe.  Aku tau, once dah pindah, mungkin bertahun2 atau x lg ke Sabah. Bukan murah tiket ke sini dan Sabah juga bukan dekat dgn KL. Tapi, apa yang pasti, SABAH pasti menjadi suatu simpang yang menarik dan menyimpan pelbagai kenangan dalam ku meneruskan perjalanan hidupku ke masa akan datang.

Walaupun banyak rintangan dan dugaan serta pahit manisku meneruskan kehidupanku dan berbakti kepada anak bangsa, takkan ku sesalkan segala kehidupanku di atas bumi bertuah yang bernama SABAH, Negeri di Bawah Bayu.

ArisFarisan
12/03/2017


Gambar kenangan last day di SKPPK9.
Siap peluk bagai. Terharu i masa tu. Apapun terima kasih kerana menjadi penyeri kehidupanku sepanjang 2 tahun 2 bulan ku di bumi Pensiangan. Till we meet again and all the best to you all..=)



Gambar kenangan bersama ex-form 5 SMKN2 2016.

Gambar no 2 ni actually biasa je tetapi yang menjadikan ia luar biasa apabila ku pernah bertanya kepada mereka kenapa cikgu perlu ambil gambar ni ramai2 dengan mereka. Mereka bilang, ianya untuk kenangan apabila mereka sudah tiada lagi di sekolah mulai tahun depan. Exactly, ia memang kenangan bila mereka sudah habis sesi persekolahan diorang. Good luck guys for future undertaking..=)

Sunday, June 21, 2015

Bumi Sabah, tempatku mencari rezeki...=)

Salam semua. It's been about 3 years not updating this blog of mine. So many things happened in this 3 years. Teaching practicum, mom's passed away, SPP interview, get posted in Sabah, P3 life in Sabah, trip to the whole part of Sabah even to the pedalaman part, PTM course, trip to Korea etc.


 Just terbaca balik post lama 4 thn lepas iaitu mei 2011 mase holiday g Sabah ngan family. masa tu x pernah terfikir akan berkerja di Sabah. tak sangka hampir 3 thn lps tu kerja kt sabah. Sekarang pon dah setahun setgh kerja kat Sabah. kat suatu daerah yg rasanya x biasa org dengar sebabnya masa aku dpt tau daerah penempatan aku, seriously, what kind of district is that? Is there any district named Nabawan in Sabah? Oh my God. Rupanya memang ada. hurm.. x sangka posting daerah yg x femes tu. kalau nama lama die org kenal kot. Daerah Pensiangan. even PPD sini guna nama PPD Nabawan/Pensiangan. Hurm. ok lah, maybe aku post sikit pix untuk tunjukkan kawasan2 berdekatan tmpt kerja aku kot. hahahaha Enjoy it...=)

 first day masuk Pensiangan

 Maliau Basin, Sabah's Lost World

 Bukit Gemok, Tawau

 Semporna Trip

 Tg Simpang Mengayau, Kudat

 Pekan Pensiangan, Nabawan
SK Pekan Pensiangan K9, Nabawan

Wednesday, June 13, 2012

takkan ku lupakan kamu.....

Hari ni 13 Jun 2012. Sebenarnya dah 108 hari kawan ni pergi selama-lamanya. perkenalan yang sekejap, cuma 12 hari (8 hari je jumpa) tetapi dalam tempoh tu terlalu byk kenangan yang ditinggalkan arwah. Sebenarnya dia lah insan pertama yang ku rapat semasa menjejakkan kaki di UM. Sikapnye yg happy go lucky persis seperti ku. Sukar sebenarnya nak jumpe rakan yg sekepala ni. Byk kenangan dengannya, di kolej, di fakulti, di dpn traffic light, DTC, dpn bangunan fakulti even kat mid valley pon ada...huhu..I miss him a lot. Apepun, aku halalkan segalanya jika die terhutang kat aku ke, aku terkecik hati ke..aku maafkan segalanya. takde dosa die kat aku. aku harap takde juga dosa aku kat die. Terkilan sgt bile tahu die meninggal kat kolej sorang2 dlm bilik, even mase nak tutup muke mase kafan die pon aku tak sanggup nak tgk muke die dekat2 sebab itu akan buat aku sebak sgt.aku tak sampai hati. Mase kebumi pon aku tgk setiap detik dr masuk liang sampai la tanah ditimbus sampai habis. sedih sgt. Malam pertama memang menangis lagi dan terngiang2 suara die kat telinga aku. apepun, aku bersyukur kerana pernah berkenalan dengannya dan menjadi salah seorang yg muncul dlm salah satu liku-liku hidup aku. kawan seUM lain mungkin x rase camni sebab diorang tak selalu bersama2 mcm aku ngan die kat UM. InsyaAllah..akan ku ingat dia sampai bila-bila. Semoga arwah Iqbaruddin tenang di alam sana. insyaAllah...

Wednesday, March 14, 2012

lembab macam siput~

sudah sebulan tapi masih belum ada nama dalam sistem? belum ada kad matriks?belum ada surat tawaran? baru nak cek nama hantar kat unit atasan? baru nak meeting ngan KPM??kenapa sgt lambat???senang bg alasan tapi pernah fikir kami ni?..semua hak kami di sini ditidakkan? bayangkan duduk dah sebulan belajar tp masih belum rasmi jd student sini? nak msuk library pon payah...nak gi klinik kesihatan universiti pon x leh???teruk!!!

Friday, November 18, 2011

my last day at MBS

Salam...skrg 18112011, my day last at MBSSKL. tak sangka pulak kan...last2 minit  kene pinjam keje kat jabatan sampai hujung thn. sabar je la. hurm..it means that hari ni juga hari last aku terlibat dlm dunia pendidikan khas...mase depan?. Only Allah knows. huhuhu. tadi malam aku terfikir la..perbandingan aku keje di SMKHC dan MBSSKL. beza sgt. masa aku keje kat smkhc...aku handle budak aliran perdana form 1. subjek lak memang subjek tough. ye la..sains dan sejarah. banyak keje time tu...even nak cuti pon byk keje. sampai x cukup tgn.ye la..mase nak last tu, aku kene siapkan semua PEKA, folio budak, kertas exam nak marking yg berlambak tu. sebelum tu juga, ade je keje...tak menang tgn. siapkan PATS, buku latihan. kelas yg agak tough..sebab kelas scince...handle KRS lg. buat soalan, stapling paper, kadang2 kene ambil attendance budak, relief kelas dan macam2. mase tu aku emmang rase aku cikgu. tapi kat MBS, aku rase free sgt. mcm xde keje..sebab aku masuk last2 kan..so tak handle kelab. budak pon sikit je. ye la, kelas pendidikan khas kan. aku tak rase mcm cikgu sebab free sgt. kat sini aku susah bile nak communicate ngan budak.. memang terlalu byk masa senggang..finally aku rase aku lg suke pengalaman keje aku kat HC. sebab kat sana la, aku byk dpt pengalaman baru. mengiring budak ke suatu tempat yg aku sendiri tak pernah pi...sambil kerja sambil ambil pengalaman baru. kat HC la aku dpt pi national park, payar marine park and redang marine park. seronok sgt.. kat sini...dlm bilik tu je la...kelas pon itu je la...tak berkembang lgsg..huhuhu..I miss all the moments in HC...=)

Wednesday, November 2, 2011

PAC....It was something that I won't ever forget throughout my life

Salam...ok...just wanna direct to the point. ni baru sahaja sampai rumah dr INTIM Kemaman. It was awesome to be there. So many activities that we went through during the program. aku suke aktiviti nye walaupon kadang2 agak memeningkan kepala. Ok...our first program was the group discussion. it was divided into two sub- discussion. The first discussion was done in Malay and the second one was in English...hahahaha..discussion in Malay was quite  easy but in English, there was something wrong with the language itself.. most of the participants had their own points but once they want to  express their points, there will be "a a a a a" because they forgot what was the suitable word can be used....hahaa..Same goes to me okay...
   
OK, the program continued to the second activity, which was started after lunch. This activity was divided into 3 parts, crazy quiz in Malay,  crazy quiz in English and the third one was the group discussion on planning the event of "Putrajaya Scooter Event"...The both crazy quizzes really really made me headache because the clues given made us into the confuse state in order to find the answer...haha..

 OK...petang tu pulak aktiviti fizikal...senam aerobik, kene pulak combine 2 group bentuk satu group..pastu kene create aerobbik sendiri...diorang bg pulak lagu pelik2...lagu hindustan..gile panjang lagu tu...penat nak aerobik...gile tol...pas dah habis semua, baru aktiviti larian 2.4KM...gile babi penat weh...sakit perut aku mcm kene pegang...tapi kan...aku berjaya habiskan dalam mase sebelum 15 minit...gile kentel arr...hahahaha...
 
 Ok...malam tu pulak, ade aktiviti nak kene buat slide presentation. Interesting part here was, your slide must be in one page only and the time given to complete and submit the slide was about one and half hour...hahaha. Sounds easy right but actually it was not easy like you think ok.. I had been asked to do one slide about "National Car' but at the same time, there was no internet connection at all in order to find the info...gile babi. habis duit topap aku buat call dan gprs..I tried to get some help from friends but, they were refused to help. ye la, one of them were not in mood in searching info due to the personal problem.  Other one said that there was no electric supply in his house...OMG!!!but finally, my best friend in UPM helped me in searching the info. Thanks a lot eh Zizie. Your help is much appreciated..hehehe.. At the end, I managed to finish my slide...Alhamdulillah...

 Ok...pagi tadi...masa utk present slide aka PUBLIC Speaking...there were 20 candidates to present their own slides. I thought my turn would be at the half or maybe at the beginning  but...my turn was the last one...Hish...sabo je la....ahahahha. after the presentation, my last activity was create something from the unused things such as newspaper, marker pen and 1m rope. hahaha. after the discussion, we have made a decision to create the "kotak serbaguna"..best best best...and finally, siap jugak bende alah tu. lepas habis aktiviti tu...habis la semua aktiviti. pastu semua org dok bergerak balik ke destinasi masing-masing. walaupun pertemuan itu sekejap je, tapi ianya memang satu pengalaman yang sgt mengujakan...huhu....kawan2 segroup aku pon aku tak ingat nama diorang sebab ade no bdan jer...hahahahha...nak tanya nama segan...hahaha...Whatever the thing it is, it's nice to know you all even though we have known each other foe one and half day only. I hope i can see you guys again in the future. Maybe as the PTD. Who knows right...=)

                                         

Sunday, October 30, 2011

InsyaAllah...I can do it better than I predict...=)

huhuhu...Salam. Long time no see you all and update my blog....so lazy to do so...hahaha..
btw, I got an invitation to come for PAC in INTIM Kemaman this Tuesday...hahaha. It means I need to "ponteng kerja" or skip work for 2 days..It's okay kot because this is a government matter, not my personal matter. Whatever the thing it is, I hope I can do well. ohhh...run for 2.4KM for 15 minutes....hahahaa...ahhhh, u can do it la Aris Farisan. No worries okay. Now, I'm still "pulun" or studying about KPI, NKRA, 2012 Budget and so whatever related to the government policies. SO BORED okay...hahahah..ok, pray me for the  best yeah....muahhh...=D

Sunday, May 1, 2011

Sabah bah bah bah...=)

Hellow guys....
la ni aku nak update blog aku gi Sabah 28 Apr - 1Mei 2011..Aku pon baru balik KL hari ni....hehe...
best juga sebab leh gi jalan2 drpd stay kat umah tu jer...hehe...
aku fly ke KK flight pukol 6.30pg...hahaha...cepat gler....keluar umah pukol 4 pg...gile babi mengantok...sampai KLIA kol 5 pg kot. aku dok perati kat LCCT KLIA tu gile ramai org...kat mcD semua ramainya org...aku dok terpikir la, waktu tu pukul 5 pg ke atau 5 ptg....arghhh, never mind, who cares...hahaaha...aku sampai KKIA pukol 9.30pg...sampai kat KKIA, terus gi hotel Promenade Apartment. abah lak terus gi Kinabalu Park..sampai kat aparment lebih kurang kol 10.30 pg...terus check in..seb bek la dpt check in...so...aku berehat la sampai ptg..opps...lupa nak gtau, yong aku pon dtg dr Kuching...so dpt la aku jumpe Sayangku Adik Hazwan yg comel lotte tu...hehe...so...ptg tu pukol 4 kot, kitorang kuar pi pasar filipina jap...so, dpt la lalu sekitar tu...byk juga pub kat situ...hahahah..BTW, aku tgk orang SABAH ni byk jugak la yg boleh tahan...budak laki kat sana ramai benor yg suke bertindik telinga...hairan aku...takpe la, suke ati dorang la...asal helokk sudah kan...hahaha...
    straight back to the point, after kitorang gi pasar tu, mama ngan yong nak cari kete sewa. ye la...nak gi jalan2 Kundasang, Ranau semua kene la ade kereta...pi la survey kete sewa...mak aih...Myvi auto je sehari RM150. Saga dlm RM180 even manual?...asal lak saga lebih mahal...choiyyy...hahaa..kat sabah ni....aku tgk, kalau dorang buat teh ais ke, teh tarik ke...semua tak sedap...takde ong la...tawar je...kalau mintak teh tarik kurang manis, terus tak manis daa...apekah??????!!!!

esoknya iaitu 29 Apr kitorang gi Kinabalu Park. Poring semua since 8.30 pg sampai la ptg...dpt le tgk Mount Kinabalu...tinggi weh...even atas awan pon leh nampak gunung tu...ade air terjun indah...kat Kinabalu Park sejuk mengalahkan Genting kot...kat Poring Hot Spring, kitorang ushar air panas, pastu mandi la sekali air panas tu...rendam kaki mule2 nak buang toxic...pastu mandi la air panaas tu ngan Hazwan sekali...kelakar je Hazwan merengak2 tgk air panas...bile dah serronok, huhhh...terus gile die mandi...habis air die pukul terpercik kat muke Acik die ni...hehehe...kat sini, air panas die kene la campur ngan air sejuk...kalau tak, mandul la aku....haha. air panas die sampai boleh masak telur rebus okay...hahahah...pas balik dr Poring, kitorang gi tgk Jambatan Tamparuli....okay la...menarik juga...yg menariknya juga...jambtan gantung lebih tinggi drpd jambatan utk kereta lalu lalang...kalau hujan, confirm jambatan kereta tu tak dpt dilalui kerana air sungai tinggi...hehe...pastu terus balik KK...malam tu kitorang lepak2 makan kat pasar malam die..sedap la...gerai aku makaan tu betul la tepi laut...(kawasan tambak)...kalau aku terjengket kerusi aku tu dan terjatuh...memang akan jatuh terus dlm laut...hahaaha...tapi lautnya nampak jernih la even malam pon...bagus la...skg nampak KK tu dah cantik berbanding 9 thn lepas.....


Jesselton Point, KK

esoknya 30 Apr, kitorang gi pulau lak...kitorang gi Pulau Mamutik, Manukan dan last sekali pulau Sapi...semua pulau ni di bawah Taman Tunku Abdul Rahman. kiranya bawah Taman2 Sabah juga la...air laut sini jernih la....pulau Mamutik sekejap jer...dlm setengah jam...tak mandi pon...pastu kol 10 pg kitorang naik bot ke Pulau MAnukan...kat sini ade juga macam2...sini gak kitorang mandi dan snorkeling semua....kat sini juga byk la mat saleh berjemur. siap dorang bace novel dlm panas2 tu...gile sungguh...ade juga pelancong Siam, Jepun dll...huh...cun2 semua org kat sini...org laki lak kat sini semua nak shirtless...seb bek body cantik..seriously jeles dowh tgk body dorang...ade six packs bagai...tibe2 terberhangan lak nak body cantik cam dorang....jeles arr...body cantik, muke hensem...gile best...ade sorang minah jepun kot...dok asyik snap gambo je...mandi nye tak...ntah ape2 ntah....hahahah...patutnya kitorang bla dr Manukan nak ke Sapi kol 12...tapi lambat kitorang siap...tertinggal la boat....so...kene la kitorang tunggu sampai kol 2 ptg utk bot seterusnya...gile lama...habis la waktu kitorang kat Sapi sebab kol 3 dah nak naik bot balik ke KK...so kire 45 minit je la kat Sapi. so sampai je Sapi, terus terjun laut...hahaha...

 Pulau Mamutik


                                                         Pantai Pulau Mamutik...=)

tapi kan...ade satu insiden gile mase kitorang naik bot dr SAPI ke MANUKAN....budak tu bawak boat macam babi....ombak kuat la jugak...pastu bawak boat gile babi laju....kitorang dlm boat ni dah mcm naik roller coaster....aku siap terlompat2 dlm boat tu...kene simbah air laut takyah cakap arr...aku ingat aku sorang je rase camtu....mama pon cakap...sampai sakit jiwa die dlm boat tu....hahahahhahaaa...
                                             

Pukol 3 baru kitorang naik boat balik dr SAPI ke KK...mase tu hujan renyai...so...basah2 gak la...sampai je jeti Jesselton Point, terus kitorang balik naik teksi encik Ramli yg baik tu...haa...korang kalau dtg KK, naik la teksi Encik ramli ni...die baik, friendly jer. bini die org kelantan weh...hehe

balik je dr pulau, nalik hotel terus mandi...ye la...kitorang mana mandi air tawar mase kat pulau....tukar baju kering je...habis rambut aku terus menggerbang mcm org gila....pas mandi, terus ikut mak gi keluar shopping...penat la..shopping la sampai kol 8 mlm...kat KK ni...6.45 ptg macam pukol 7.55 mlm kat KL....so...cepat jer gelap...pukul 6 pg pon dah mcm pukol 7.15 pg kat KL ni...so subuh pon kire cepat la...aku kat sini tak tahu dah asar kol berape, maghrib kol berape...main bedal jer....ye la...kan bolej jamaq qasar kan...hehehe...

so malam2 kat KK ni, bile dah lewat sikit, aku gi cc online...so sape yg nampak aku online waktu tu aku kat KK la...ye la...nak update cityville aku la...

kat hotel aku ni, ade kedai makan...semua pekerjanya laki jer...helokk je aku tgk...so...gurls out there...kalau dtg KK, dtg la kedai ni...Promenade Apartment ni...nama kedai ni Kedai Makan Malindo...ade nama tgh tapi tak hengat...die masak less than 5 minutes...cepat je dpt...sedap je aku rase die masak...kire seswai la korang nak buat laki...ni membuktikan laki masak memang sedap...hahahha...

final day kat sini, iaitu td pagi, kene la siap2 balik kl...flight kol 9.45 pg...kuar hotel kol 7 pg...makan2 kat bawah tu.kedai mamak Taqwaa..pekene teh ais sama roti telur....sekali makan ngan hazwan ngan yong dan laki die...pastu terus kitorang gi airport naik teksi encik Ramli tu...yong balik lambat sikit kol 3 ptg dan terus balik Kuching....kitorang balik KL....sayang lak aku nak tinggalkan KK...ye la...4 day 3 nights here with great experinces kan...hurm...mungkin pasni dtg lagi SABAH nak tawan Kinabalu lak....who knows...hehehehe...=)

                               

Friday, April 22, 2011

Terima kasih...=D

hari last kat sekolah SMKHC...mungkin ini yang terakhir kot...hanya Allah saja tahu.
hari ni last so tak tahu dah nak ngajar ape dah...hari last ni masuk kelas 2 Amanah...okay la..tapi ade sorang dua kene rotan ngan cikgu Saleh coz baling sampah....padan muka....hahaha..
pastu ku masuk lak 2 Cekap...bersantai2 ngan budak2 laki kat depan tu...bercerita gurau2 senda...lawak juga la...hehehe...
pastu pas rehat masuk 2 Ceria...habiskan silibus yg aku tertinggal tak habis lagi....pas dah habis, br ku duduk bersembang ngan diorang...si Aidid tu memang mulut tak henti2 bercakapnye...tapi lawak jer...hehe...
pas dah habis kelas tu, masuk 2 Cekal...kelas ni memang la kelas yg aku rase paling teruk dlm semua kelas aku masuk dan kelas paling aku benci dan meluat nak masuk. mereka tu memang budak tak makan saman..nakal terlebih dan boleh dikatakan mereka ni kurang ajar...ye lah, ade cikgu pon tak hormat kan....memang sesuai la istilah kurang ajar tu....
bile habis kelas, balik bilik guru ade nampak 3 kad yg menarik...comel saje...budak2 2 Amal ngan 2 Aktif bagi...dan kad itu haruslah budak perempuan bg...hehe...terima kasih ye untuk kad yang comel2 tu...semoga you all berjaya dlm hidup korang...dan tentukan cita2 korang sekarang supaya anda tak menyesal di kemudian hari...kalau korang tak decide, kang tersilap ambil kursus kat universiti...pastu dah sedih sebab kelulusan tak bersesuaian ngan kerjaya pilihan....okay..=)


Boys 2 Cem 2011




Thanks for all these cards. Best of luck to you all..=)
                                                             

Monday, March 28, 2011

latest news...hehe

As salam pada semua.....
sudah sebulan tidak update blog I.....
semalam (27/3/2011)..birthday abah ke 57...wish je la kot...huhu...
I jugak gi Job FAir kat PWTC....
for the first time, I attended audition for TV presenter for Media Prima Berhad..so excited okay...
It was fun ok..If i get a chanc to be one of Malaysian Tv presenter, pasti I terkejut beruk nyer...hahaha...
Stop dreaming Faris....hahhahaha..
and then I went to TLDM/TUDM/UPNM booths..tibe2 I excited nak join askar lak...padahal tak sedar diri yg diri tu pakai spek tegar.,...hahaha..
byk gak la I gi tgk...antar resume untuk post Chemist, Bank officer for CIMB bagai...ntah dapat ntah tak...kalau dpt memang rezeki I la tu...hehehe

hari ni I gi sekolah as usual...the first thing I did in school was meeting kak Nab...ye la...nak tanye pasai kak Aulia bile die start cuti bersalin...From kak nab, I knew that she will be delivered her baby on 17th april. so I nak la ganti die when she is in holidays...hehehe..

bile I balik umah...one thing crossed my mind...it's all about tax..sometimes, I always wonder why we have to pay for government tax if the government always said that the government subsidies are just for Malaysians who are suitable for it..it means that, the subsidies are just for Malaysians with low incomes only. It's so unfair because Malaysians paid for it. so all Malaysians should get the benefits from it. At least, kene la juga mereka yg bayar merasa ape yg diorang bayar. sekarang ni yg byk demand pasai duit kerajaan ni ialah org berpendapatan rendah yg tak bayar cukai...choiyyy kan...ntah la...!

Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang 2011...=)

Salam...
tahun 2011 sudah tiba...2010 sudah berlalu...
walaupon permulaan 2011 ni masih samar2...
tetapi rezeki Allah ada di mana2...
bersabar lah...mungkin ada hikmah disebalik sesuatu yg terjadi.
Saya yakin masih ada cahaya untukku....
kesabaran itu penting...aku harap aku dpt la capai apa yg aku inginkan....
pada sesiapa yg terasa atas ketelanjuran bahasa ku sebelum...
seribu maaf dipinta..
sekian....
selamat tahun baru 2011...=)

Sunday, October 17, 2010

Perjalanan yang berbeza.....

Salam....
Bila kita hidup di dunia ini....
mungkin kita bertemu dalam persimpangan hidup kita...
mungkin bertemu di sekolah...
menjadi rakan sekelas...
dan sebagainya...
tapi pertemuan itu pasti akan terpisah jua...
kerana kita pasti menuju ke suatu arah yang berbeza...
dan arah itu menjauhkan titik pertemuan kita itu...
tapi...apabila ianya semakin jauh...
tapi penghujungnya pasti bertemu kembali kerana semua manusia di dunia ini...
pasti akan menuju ke hari yang satu itu...
jadi....memang adatlah yg bertemu pasti akan berpisah...
jangan putus asa menghadapi kehidupan kerana...
kepayahan hiduplah yang mengajar kita untuk lebih tabah menghadapi liku liku hidup yang mencabar ini...
renung-renungkanlah...=)

Just The Way You Are - Bruno Mars...=)


Just The Way You Are lyrics

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Thursday, June 10, 2010

geramnya aku!!!!!!

aku dah marking 3 kelas utk paper 2 sains...
1 amanah okay...
1 cemerlang dah mcm haram jer jawapan dorang..
1 cekap...mcm super duper haram...
90% budak dpt 10-19 markah drpd 60 markah...
jawab exam ape markah teruk benor...
bencinya aku marking kertas diorang...
setiap kali marking...
aku pening kapla sampai nak baling dan koyak jer paper dorang...
dorang ni tak baca buku ker before amik exam...
padahal aku dah bagi info dah soalan ape yg kuar...
GERAMNYA!!!!!!!!

Tuesday, May 11, 2010

aku masih bingung.....=(

tadi masuk kelas 1 bestari...
2 minggu x masuk...
ye la...aku mc lama kan...
kelas ni memang masalah sikit...
kelas belakang la katakan...
aku ingatkan if dah lama x masuk....
mungkin diorang ok la sikit...
tapi sangkaan ku meleset...
mereka berperangai mcm haram...
aku cume ade satu masa ngan mereka pon....
cakap tak henti2...
kuat pulak tu...
ade yg dok sibuk ngan hal kat luar...
ade yg dok sibuk nak nyanyi...
ade yg dok sibuk main meja bagai...
sampaikan aku mengajar dlm keadaan mereka bercakap kuat...
adekah manusia normal boleh tahan ngan keadaan itu...
even aku bg contoh soalan utk mereka pahamkan pon...
mereka masih cakap...
bile tanye...mereka faham atau tidak..
merka cakap tidak faham...
tetapi masih dgn cakap....
mereka bercakap bagaikan mereka nak mati esok...mcm dah xde peluang nak cakap dah...
lama2...aku pon meletop arr...
ape lagi...meja aku pukol...
meje tu jugak aku tolak sampai belakang....
kalau ikut hati aku....nak je aku cakap celaka diorang nih...
tapi aku masih boleh cover coz...aku tak patut berkata mcm tu...
satu jer persoalan aku....
kenape mereka tidak cube nak memahami keadaan?
kenapa...
keadaan mereka itu buatkan aku tak mampu nak memahami mereka...
ape yg mereka nak sebenarnya?
attention...?
perhatian seorang guru terbatas kerana seorang guru mempunyai ramai ank murid...
perhatian itu sepatutnya datang drpd ibu bapa....
kenapa keadaan ini boleh terjadi?
salah siapa sebenarnya??
hmmm....=(

Friday, May 7, 2010

MAY 2010

bulan May...
ialah bulan 5
bulan ni...aku kene campak...
haahahahaha...=(
penuh muka dan tubuhku dgn bintik2...
dah tua bangka baru kene...
padan muka aku...
yg paling syoks sekali....
aku dpt mc lebih drpd seminggu...
tak pi sekolah la aku...
kesian budak2...
tertinggal silibus...
exam mereka nak dekat...
tapi xper...
pasni...aku cover balik...
tak sabar nak gi sekolah...
jom jom ke sekolah....
aku dah rindu nak tgk anak murid aku nih...
kelas 1 amanah, 1 cemerlang, 1 cekap, 1 amal dan 1 ceria...
x dilupa gak ngan 1 bestari tuh....
walaupon mereka sgt la malas....
hahahaha...

mungkin belum tiba masanya....

salam....
blog aku ni dah out of date betul...
tapi hari ini...aku nak menambah lagi...

20/03/2010....
suatu tarikh...
yg agak keramat buatku...
pada tarikh itu...
aku bukan solo lagi..
aku ingin mencuba...
dan mengharap ianya bukan kesilapan...
tapi...
apakan daya..
ingatkan cerah sampai ke petang,
rupanya hujan di tengah hari....
05/05/2010...
tarikh aku menjadi single kembali...
bukan salah dia...
salah aku...
kerana....
aku tak boleh bg full commitment pd hubungan ini..
aku lbih merindukan zaman bujangku...
di mana...aku lebih bebas~
lgpon....aku x dpt meneruskan hubungan ini...
kerana masa depanku juga...
kerjaya dan income ku tidak tetap...
jika diteruskan perhubungan ini...
aku tidak tahu arah tujuannya....
sanggupkah ditunggu sehingga 8-9 tahun lagi utk naik pelamin?
daripada aku meneruskan sesuatu yg tidak pasti...
lebih baik dihentikan segera...
daripada ianya melarat...
agak berat aku ingin melepaskan dia....
kerana.......
AKU JUGA TERLANJUR MENYAYANGINYA...
tapi....
bagiku...mungkin ianya bukan jodohku...
jika hati sahaja suke tetapi...
tiada komitmen dan sebagainya...
juga tidak akan memberi sebarang makna...
aku redha di atas ketentuanNya....

Saturday, July 25, 2009

sudah hampir sebulan...........

salam.....
lame tak update blog aku nih....
haha...pejam celik dah dekat sebulan aku mengajar kat sktm2 nih...
jenuh gak jd cikgu nih...
ingatkan jd cikgu sekolah rendah nih okay lah....
tak jugak okaynya. susah nak handle budak kelas yg belakang2 nih...
yg kelas top tuh okay lah...ye lah, budak pandai senang la handle...
kelas yg belakang nih, belajar malas, kerje nak main je memanjang...
bg homework haramnye nak buat....
kene denda pon masih lg tuh main....
marahnyer aku!!!Ya ALLAH!!!
yg paling aku x leh tahan ialah attitude budak2 nih...
aku sgt tak sangka la budak darjah 4 mase skg nih dah tahu istilah "GAY" nih...
byk budak2 lelaki skg nih mcm ade potensi utk menjadi gay pada masa hadapan...
ya Allah, harap mereka tuh dijauhkan...
boleh korang bayang...
semalam aku denda budak kelas last yg tak bawak buku teks...
aku soh berdiri kat tepi kelas...
mase diorang kene denda berdiri tuh....
macam2 aksi mereka buat....
bergesel gesel bontot la, pegang kote kawan la, peluk peluk la...buat aksi menari kat disko la...mcm2...
bile aku tengking, boleh la monitor kelas cakap aku jeles ngan diorang....
LAILAHAILLALLAH....pe jadah aku nak jeles...
ape nak jadi la ngan diorang nih...
tak tau la aku nak buat ape lagi ngan diorang nih....
kalau kecik2 dah ade keinginan cam tuh...
bygkanlah kalau dah remaja...
keinginan mencube sesuatu yg baru tuh akan melonjak-lonjak....
bahaya nih...
harap2 mereka dijauhkan drpd perkara keji tuh...
amin!!

Monday, June 29, 2009

first day....

salam...hari nih first day aku gi keje....first kelas aku gi kol 10 pg td...kelas 4 gigih...MasyaAllah...bising siot kelas tuh...dah soh diam pon masih bising...aku tak paham la ape bende la deme bising tak habis2 nih..pastuh lak, bile bising, ade lak pulak sorang jerit soh diam...lagi arr bising...bising nak mampos..habis drpd kelas tuh aku terus pening2...semua kelas yg masuk semuanya bising...nak kene tengking kuat2 baru nak diam ker???budak kelas pandai ke, kelas pertengahan ker, same jer....hampeh tol!susah tol jd cikgu zaman skg nih...

Monday, June 22, 2009

kerja la.....


salam....
hari ni 22 jun. next week 29 jun..29 jun tuh aku akan bekerja daa..haha=)
first time aku gi keje yg bergaji tau. kalau dulu ade la gi kerja tapi tu praktikal....so, income praktikal aku hanyalah ZERO....lol=p....tapi kali ni keje yg pasti ade gaji...ahaks=)

nanti aku akan keje sebagai guru ganti kat sekolah rendah aku dulu...mcm kelakar lak aku akan mengajar kat sekolah rendah aku sendiri...rasanya aku dah tinggalkan sekolah rendah aku sejak thn 1999...so skg tahun 2009 dan maknanya dah 10 tahun dah...maybe dah rezeki aku mengajar kat sekolah rendah sendiri...lagipon, aku akan ambik peluang nih utk menyediakan diri utk menjadi seorang guru pada masa akan dtg jika ade rezeki. memang sejak sekolah menengah lagi nak jd cikgu tapi yg pelik mase masuk U, tak la pulak amik course education. silap besar betol. skg aku kene gigh nak memohon kpli atau dpli....kalau dpt jadi cikgu mrsm lagi la best...

haa...sebelum aku lupe...mesti nak tahu gak aku jd cikgu ape...haha...cikgu PI kot...cikgu pendidikan Islam....nampak gaye jd ustaz la aku 2 bulan nih...lol...seb bek la aku nih fasih bace jawi lagipon mengajar PI ni okay per....subjek PI la subjek yg aku rase tenang kalau belajar....kalau mengajar aku tatau arr...tapi, cube je lah and take it as challenge right...
ape yg aku harap sgt, dlm mase 2 bulan aku bekerja nanti, harap2 aku akan biase ngan kerja tuh dan pada mase yg sama, aku akan dpt peluang kerja lain yg lebih sesuai ngan kelayakan aku....jd Chemist pon okay per...br sesuai dgn degree aku...huhu=)
ok arr...chowzz.....=)