2017, tahun keempat ku berkhidmat di Sabah. No more SKPPK9, sekarang di SMKN2. Masih juga di daerah yang sama iaitu Nabawan.
Tahun keempat di Sabah, tetapi tahun kedua di SMKN2.
Di sini baru rasa seperti di sebuah sekolah menengah. Ye lah. nama pon SMK.
Tujuan ku berpindah pon atas alasan ku perlu dekat dgn hospital untuk rawatan lutut.
Selepas setahun disini baru la ku membuat operation lutut. Tu pun di HKL sebab family di sana.
Sebenarnya SKPPK9 seronok sebab byk kenangan tercipta. Tapi sampai bila juga nak stay P3 kan. Kehidupanku di SMKN2 pon ok. Jumpa kenalan baru, persekitaran baru dan murid baru.
Mulai tahun ni juga dpt juga jumpe murid dr sek lama yg naik form 4. Ye lah, SKPPK9 hanya offer sampai form 3 so naik form 4 deme kene pindah masuk SMK juga. tengok diorang terkenang balik kehidupan di Pensiangan. AKU SEBENARNYA RINDU PENSIANGAN DAN DAPAT SEKALI MASUK PUN JADILAH. NAK MANDI SUNGAI DEPAN RUMAH AGAM, NAK NAIK JAMBATAN GANTUNG DAN NAIK BOT. Setahun rupanya x jejak kaki di Pensiangan. R.I.N.D.U.
2017. Tahun ni aku juga dah status laki orang. So aku ngan wife PJJ.
Jadi keperluan aku pindah balik ke Semenanjung juga semakin tinggi. Sementara masih di sini, aku ingin puaskan diri dengan segala masa yang tersisa di Sabah ini. Semoga bila terpindah ke Semenanjung, tiada sebarang sesalan kenapa tak pergi sana, sini, situ dll .Tu sebab masa kat Pensiangan dulu, semua trip pedalaman aku nak gi dan bila x dpt join rasa mcm maigaddd, ruginya x dpt join. Teringat trip Saliliran, xde kasut adidas kampung plus lutut aku x berapa stabil tp tetap gigih nak ikut and finally, I've just made it! Bila kat luar, seluruh Sabah aku terjah ngan ArisFJr even traveling solo sebab tunggu org mmg x ke mana la aku. ade je bunyi x le nak join. Even, ada member Sabahan sendiri terkejut most part aku dah terjah padahal diorg yg Sabahan x sampai lagi. Siap leh tanya aku Pulau Bohey Dulang tu kat area mana. Sabahan kot yang tanya. Hehehe. Aku tau, once dah pindah, mungkin bertahun2 atau x lg ke Sabah. Bukan murah tiket ke sini dan Sabah juga bukan dekat dgn KL. Tapi, apa yang pasti, SABAH pasti menjadi suatu simpang yang menarik dan menyimpan pelbagai kenangan dalam ku meneruskan perjalanan hidupku ke masa akan datang.
Walaupun banyak rintangan dan dugaan serta pahit manisku meneruskan kehidupanku dan berbakti kepada anak bangsa, takkan ku sesalkan segala kehidupanku di atas bumi bertuah yang bernama SABAH, Negeri di Bawah Bayu.
ArisFarisan
12/03/2017
Gambar kenangan last day di SKPPK9.
Siap peluk bagai. Terharu i masa tu. Apapun terima kasih kerana menjadi penyeri kehidupanku sepanjang 2 tahun 2 bulan ku di bumi Pensiangan. Till we meet again and all the best to you all..=)
Gambar kenangan bersama ex-form 5 SMKN2 2016.
Gambar no 2 ni actually biasa je tetapi yang menjadikan ia luar biasa apabila ku pernah bertanya kepada mereka kenapa cikgu perlu ambil gambar ni ramai2 dengan mereka. Mereka bilang, ianya untuk kenangan apabila mereka sudah tiada lagi di sekolah mulai tahun depan. Exactly, ia memang kenangan bila mereka sudah habis sesi persekolahan diorang. Good luck guys for future undertaking..=)